Kerjaya Andreas Christensen

Chelsea

Kerjaya awal

Christensen telah dilahirkan di Lillerød, Christensen memulakan kerjayanya Brøndby IF. Beliau memasuki bersama Brøndby selama lapan tahun, beliau juga berminat untuk memasuki kelab elit Eropah termasuk Arsenal, Chelsea, Manchester City dan Bayern Munich. Pada 7 Februari 2012, Christensen menandatangani untuk bersama Chelsea dalam perpindahan percuma ketika pengakhiran pengurus André Villas-Boas. Selepas menyertai kelab London itu, Christensen berkata: "Saya memilih Chelsea kerana mereka bermain bola sepak dengan baik itu yang saya suka.”[3]

Christensen memasuki pasukan senior Chelsea ketika perlawanan akhir musim 2012–13 pada 19 Mei 2013 ketika menentang Everton, 2-1 dalam perlawanan akhir Rafael Benítez sebagai pengurus.[4] Dalam jelajah pra-musim di Amerika Syarikat sebelum musim 2013-14, Christensen menjadi sebahagian daripada pasukan senior dan menandatangani kontrak profesional.[5]

2014–15

Beliau membuat debut profesional pada 28 Oktober 2014 dengan bermain penuh selama 90 minit sebagai bek kanan ketika Chelsea menang 2–1 ke atas Shrewsbury Town dalam pusingan keempat Piala Liga Inggeris.[6]